Semua orang suka mendengar cerita. Apa lagi kanak-kanak.

Banyak kemahiran yang bagus untuk kanak-kanak apabila mereka mendengar cerita. Antaranya:

+ Kemahiran mendengar
+ Menambah perbendaharaan kata
+ Meningkatkan kemahiran membaca, menulis dan bertutur
+ Meluaskan imaginasi

Aktiviti bercerita boleh dilakukan dengan pelbagai cara, membacakan buku adalah salah satu daripada teknik.

Bercerita dengan menggunakan boneka, gambar, melihat sesuatu perkara yang maujud, alatan dan lain-lain.

Bagaimana kedudukan anak-anak apabila mendengar cerita, sambil duduk, berbaring atau meniarap. Yang mana lebih seronok?

One Reply to “Anak-anak dan Bercerita”